Sabtu, 28 Mei 2016

Ada sebuah cerita..
Cerita pasal kehidupan rumahtangga.
Semoga dijadikan iktibar..

                                   **********************

Aku tak tahu nak luah pada siapa, pada keluargaku?? Ohh tidakk, kerna suamiku adalah ayah drp anak-anakku dan walaumacamanapun besar pergolakkan rumahtanggaku aku tak akan menceritakan pada sesiapa....
Biarlah aku pendam seorang diri, dan aku tak tahu sampai bilakah aku harus bertahan kerana bagiku, suamiku itu plihanku bukan atas pilihan orang tuaku...dan masa sebelum pernikahan aku dgn suamiku dulu pun keluargaku menghalang kerana mereka tahu risiko yang akanku tanggung....tapi aku tak peduli...kerana apa yang aku tahu ketika itu aku akan bahagia dan dibahagikan....di awal perkahwinan kami memang bahagia tanpa siapapun yang menganggu tapi aku lupa yang aku telah bernikah dengan seorang duda anak lapan hasil perkongsian hidupnya dengan dua orang isteri, tetapi mereka sudahpun bercerai disebabkan masing masing tidak mahu berkongsi kasih suami...aku sangkakan akulah isterinya yang paling sempurna dan membuatnya semakin bahagia rupanya tidak sama sekali. Ini adalah kerana dia masih teringatkan bekas-bekas isterinya serta anak-anak mereka, dan aku menjadi semakin tertekan dan keliru...rasanya inginku membawa diri sejauh jauh yang mungkin bersama-sama anakku...tapi aku kini tak larat kerana mengandung 9 bulan dan hanya tinggal beberapa minggu lagi aku akan bertarung nyawa untuk melahirkan dan orang yang paling aku perlu ketika itu adalah suamiku berada disisiku sepert masa aku lahirkan anakku yang nombor dua. Sebenarnya apa yang aku nak luahkan disini adalah sikap suamiku yang agak tidak sabar dan cepat je naik tangan dan susah ajak berbincang kerana bila berbincang hatinya terus jadi panas dan mulalah nak memukul isteri. Sikapnya itu pernah juga dihadapi oleh bekas-bekas isterinya yang lalu malahan mungkin lebih teruk dari itu, cuma aku tak bertubi-tubi menjawab masa pergaduhn itu berlaku tapi yang sakitnya badan aku dan mukaku disepak terajang sehingga lebam biji mata sebelah kiriku, di awal perkahwinan dulupun aku pernah ditumbuk mulut sehingga pecah bibirku..dan ada beberapa kali lagi aku dipukul dan aku sudah lupa. Itu semua pasal aku bercakap pasal kelemahannya dan dia tak boleh nak terima lalu akulah menjadi mangsa pelepas tensionnya....yang peliknya kenapa dia tak pernah ambik iktibar daripada kehidupannya dengan bekas2 isterinya yang dulu? Kenapa masih melakukan benda yang sama sekiranya yang dicari dalam sesebuah hubungan tu adalah kebahagiaan?? Kenapa setiap kali nak keluar rumah dihalangnya dengan alasan yang tidak munasabah bagiku? Kami bukan binatang ternakan yang hanya dikurung dalam rumah, kami juga inginkan udara yang segar diluar sana...lagipun tiada sebab kenapa kami tak patut bersiar-siar diluar melainkan hanya untuk menghirup udara segar dan membuka minda untuk menghilangkan tekanan ataupun bertukar angin. Yang peliknya tahu pulak dia keluar rumah melepak bersama2 temannya dan kawannya itu yang dihiburkan bukan isteri dan anak-anaknya......bila ada masalah luar yang menjadi mangsa pelepas penumbuknya adalah aku..sikap yang suka membanding2 kn aku dan bekas2 isterinya pun membuatku sakit hati dan rendah diri seolah2 merekalah yang terbaik menjadi pendampingnya selama ini. Dia terlalu inginkan kesempurnaan dalam kehidupan rumahtangga tapi dia lupa dia juga tidak sesempurna rasulullah, dia cuma nak ikut sunnah berkahwin ramai isteri tapi sebenarnya dia tak mampu tapi memaksa diri. Ini kerana berikutan daripada perkawinan dengan dua orang isterinya yang dulu....kalau betul dia mampu kenapa penceraian berlaku antara mereka? Apabila aku tanya bekas2 isterinya kenapa sanggup bercerai, mereka mnyatakan mereka tak tahan sebab mereka disepak terajang n dipukul, dihina, dicaci maki, ditengking tak adil dan macam2 lagi...aku tak tahu apa akhirnya kehidupan berumahtangga seperti ini andai sikap baran, penting diri, ego tidak mahu mendengar pendapat orang lain dan bangga diri  sehingga akhirnya hanya perpisahan juga jalan terbaik antara kami....aku serahkan segalanya hanya kepadamu ya Allah, andai inilah jalan yang terbaik untuk kami...maka gantikanlah kehidupan yang kami lalui kini dengan kehidupan yang lebih baik dan penuh sakinah mawaddah warahmah......


                           *********BERSAMBUNG************


Hasil mata pena,
Mazni binti jimi @ Hussin.

Ahad, 22 Mei 2016

Assalammualaikum smua blogger:-)
Semoga sihat walafiat hendaknya,
Saat ini putra n putriku demam selesema, dahpun bwa spital..semoga cepatlah sembuhnya..

Hari ni saje nak share resepi kulit popia susu sebab biskut ni menjadi kegemaran anak2, bukan anak jee mama n papa pun suka..:-) :-) :-)


RESEPI  BISKUT POPIA NESTUM SUSU

Bahan-bahannya ialah:

1. 1 bungkus kulit popia (yg dalam die 50 keping tu pon boley je)
2. Telur 2 biji (dikacau)
3. Gula icing (sy pakai gula kisar jee)...huhu....o
4. Susu everyday (ikut suka u nak guna susu jenis apa janji susu tepung, sebab tu yang buat die sedap,hehhe)
5. Minyak masak (pastikan minyak yang halal ok, hehhe)
6. Serbuk nestum yang telah dikisar

Cara-caranya ialah:

1. Gulung popia sederhana besar n x kecil sangat nanti keras macam batu yee....Hehhe

2. Pastu dekat hujung gulungan letakkan telur yang sudah dikacau supaya kulit popia tadi melekat cantik.

3. Kemudian panaskan minyak dengan api sederhana besar. dah habis gulung gorengkan kesemuanya sehingga warna kuning keemas emasan

4. Pastu toskan minyak dan biarkan seketika


Sementara menunggu popia yang digoreng tadi sejuk bolehlah kita buat susu k:-) 

Cara-caranya ialah:

1. Taburkan susu tepung, gula yang dikisar dan nestum td di dalam bekas lebar agar senang nak gaul

2. Sesudah itu bolehlah di gaul bersama popia yang sudah sejuk tadi ke dalam bekas

Dan..
Dah siap!!



Sekarang bolehlah dimakan hehhe...selamat mencuba resepi simple ni....

Khamis, 7 April 2016

assalammualaikum ..
alhamdulillah hari ni sihat je..
ini adalah keluarga kecilku..
comel je diorang kann? hehhe...tu yang buat aku saynag sangat sangat..semoga kasih kami sekeluarga sampai ke syurga... kini aku hamil lagi anak yang nombor tiga, rase macam baby boy je sebab suke makan manis manis je, xkesahlah dpt boy je girl ke janji cukup sifat n sehat, anak tu kn anugerah dari Allah..apa yang penting selepas kelahiran anak-anakku di atas dunia ni mereka boleh bawa mama n papa ke syurga..amin...saya sebagai ibu suka apabila melihat kejayaan anak-anak dalam bidang keagamaan. semenjak dari dalam rahim lagi pun sy dah didik anak-anak ini untuk minat dalam bidang-bidang keagamaan walaupun masa anak pertama dulu study dalam bidang sumber manusia. tapi itu tidak menjadi masalah untuk aku terus minat dalam bidang agama...
si kakak masih pakai botol kalo nak susu padahal umur da 4 tahun, kononnye dalam proses xkasi botol lagi harap-harap berjayela kiranyee...inshaAllah..:-) 
dalam pada itu aku bersyukur juga kerana si kakak da mula hafal surah alfatihah, 3 qul dan juga awal surah al-baqarah..xpe untuk awal2 pembelajaran bagi die betul-betul hafal dulu dengan sebutan yang betul  kemudian barulah beralih pegi ayat yang lain pula..selain tu dalila maherah juga sudah mengenal baris fathah, kasrah dan dhommah dalam bacaan iqra. harapanku agar dapat mengajar anak-anakku membaca al-quran sebelum masuk sekolah. biar aku yang didik sebelum cikgu kat sekolah yang didik. mengenai anakku yang nombor 2 pula seawal umur dia 1 tahun lebih die dah boleh azan, selain tu naufal juga boleh baca surah alfatihah, 3 qul, dan juga awal surah al-baqarah.. same juga macam kakak diee, cuma naufal xkenal baris lagi, baru kenal huruf-huruf hijaiyyah jee. apapon aku tetap bersyukur...harapanku semoga mereka satu hari nanti menjadi seorang hafiz serta hafizah..aminn..
sekian dulu ceritaku saat ini kerana anakku sudah memanggil manggil namaku..huhuhu...assalammualaikum dan selamat malam:-)